Thursday, February 14, 2013

Panah Ikan PART 2 | MYLIFE | ErtiHidup

Sambungan dari sebelum ni.


Untuk sampai ke kawasan bombon @ tagal ni bukan mudah. Kena jalan kaki minimum 45 minit sambil panjat bukit, turun bukit, ikut denai dan redah hutan.

Denai


Kalau yg geli dengan pacat tu, mungkin susah sikit sebab kawasan yang kami lalu ni kebanyakkan berlopak dan lembap. Risiko nak kena cium dengan pacat nie sangat tinggi.

Jauh aku kena tinggal dengan org kampung. Aku jalan slow. Rasa mcm nak pecah jantung aku time nie

Orang kampung jalan laju berbanding dengan aku. Ye la, dorang semua fit, aku nie "gelembon". Jauh aku kena tinggal. Siap ada org kampung yg terpaksa tunggu aku sebab takut aku tersesat. Waktu ni, aku dah boleh dengar jantung aku berdegup kencang. Peluh dah mcm air terjun. Waktu nie juga la rasa mcm beg kamera aku ni berat sangat.

*Tips - Kalau jalan jauh dan korang alami mcm ada tanda2 mcm yg aku alami kat atas, JANGAN sesekali tunduk dan duduk. Memang sure korang akan muntah.

Sampai je kat kawasan bombon, kena pula menyusur turun bukit. Waktu nie aku pun tunduk sebab nak tengok jalan, tiba2 jak rasa nampak kilau-kilauan bintang, tekak rasa loya dan aku pun automatik UWEKKKKKKK...

Terus aku berpaut di pokok, gagah tau mau duduk sebab aku takut aku pengsan plak.. Pastu aku pun jalan pelan2 dan turun ke sungai. Sampai ja di sungai, orang kampung dah duduk rilek2 isap rokok. Dorang gelak2 ja sebab tengok aku dah separuh mati berjalan dan turun bukit. Faham juga dorang yg aku dah lama tak jalan dalam hutan semenjak keluar dari Kawiyan.

Dorang rilek ja walaupun jalan jauh. Aku dah biru muka separuh nyawa. 

Lepas ja dorang bincang macam mana nak labuh pukat dan memanah dorang pun terus dengan aktiviti. Takde nak buang2 masa lepak2 dan cerita pasal parti apa nak pangkah time PRU nanti.

Ini gambar otai2 in action.
Otai in action

Otai lagi

Tak lama lepas tu, hujan pun turun. Boleh tahan jugak la lebatnya. Aktiviti di teruskan macam biasa sebab dah basah juga semua. Waktu nie rasa sejuk yg teramat sangat. Unggun api pun dh tinggal kenangan, basah dek hujan.

Hasil tangkapan

Selepas jak buang perut ikan dan muat dalam karung, kami pun jalan balik ke tempat kami parking tadi. 45 minit lagi perjalanan. Waktu balik dah tak terasa sangat. Rasa cepat ja dan sedar2 dah nak sampai. Time ni, berat di badan dah makin bertambah, beg kamera dan karung ikan. Sambil2 lalu di hutan, terjumpa la pulak pokok buah tarap, singgah kejap. Amik dalam 8 biji yg muda dan bawa balik.

Sampai ja di parking, ada satu team tukang masak dah redi dengan khemah. Nasi dah siap masak, bebudak sekolah yg sampai awal dari kami dah siap cari pucuk paku.

Dorang potong2 buah tarap tu, masuk dalam air, taruk pucuk paku dan sardin dua tiga tin dan siaplah sup tarap segera. Time nie terasa nikmatnya makan nasi panas2 di tepi sungai. Walaupun kuah sup dok berasap lagi, tapi tetap hirup juga sebab terlampau berselera.

Nasi putih + sup tarap + sardin + pucuk paku = NIKMAT DUNIA!!!!

Lepas ja aku makan, aku ternampak budak2 ni dok projek kat tepi sungai. Was2 dengan apa yg dorang pegang dalam tangan, aku pun pergi la menyibuk.

Projek Secret
Bentuk dia macam jantung pisang. Dorang buka dan ambil bahagian kecil di dalam tu. Aku dengan penuh rasa tidak malu, "Sini satu cikgu mok cuba".

Bebudak ni pun bagi juga la. Tengok dorang makan buah tu macam sedap ja. Aku pun try la. Rasa dia masam-masam manis.

Tak pasti samada tolipus @ tolidus.
Buah ni bagus kalau cirit birit sebab boleh bagi keras tahi. Tapi jangan la time tak cirit makan banyak2, nanti tak pasal2 sembelit.

Lepas ja siap packing semua, kami pun balik ke sekolah.

Puas, penat, seronok dan kenyang.

Syukur sebab aku di hantar ke sini dulu. Kalau tak, memang aku takkan tau semua benda2 ni. Ada ja cuti, memang confirm aku akan ke Kawiyan lagi.

5 comments:

FaizalRSD February 22, 2013 at 1:04 PM  

Banyaknya sebarau.kat sana panggil apa?gambar buah tarap xde ke bang?

isare February 22, 2013 at 8:27 PM  

Kalau nama dusun, xingat la..gambar buah tarap xde, sebab dah masuk perut baru ingat nak amik..tggu musim nnt, baru stori pasal tarap plak k :)

Dancer Nature May 14, 2016 at 3:58 PM  

Hai.. boleh x share info lebih pasal buah tolidus tu?

isare May 14, 2016 at 10:36 PM  

lamanya dah tak update blog nie.. nak tahu pasal apa berkenaan dengan tolidus tu?

Unknown October 21, 2017 at 12:41 AM  

Telidus tu buah dari spesis yg sama mcm kantan..

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP