Thursday, February 14, 2013

Panah Ikan PART 1 | MYLIFE | ERTIHIDUP

Selain daripada memburu antara aktiviti yg menjadi kebiasaan adalah memanah ikan. Boleh di lakukan pada bila2 masa, tapi biasanya lebih mudah pada waktu malam sebab ikan kurang aktif ( tido kot ).

Untuk menjadi seorang pemanah ikan yang hebat, berikut adalah kriteria yang perlu di penuhi:

1. Pandai berenang ( wajib, karang tak pasal2 ada yg lemas )
2. Boleh menahan nafas dengan lama.
3. Mata yang baik. ( kalau rabun, tak pasal2 kaki kawan kena panah )
4. Tahan sejuk. ( 1- 3 jam dalam air sungai yg sejuk tahap gaban )
5. Boleh jalan jauh. ( untuk sampai ke lokasi ni, kena jalan minimum 45 minit )

Walaupun aku ada lesen untuk diving dan boleh snorkeling tanpa pakai life jacket, tapi bila berada di dalam sungai, aku terus jadi ragu2 dengan kebolehan untuk terapung ( walaupun perut bulat mcm pelampung ).

Jadi sepanjang masa aku jadi penonton jak la dan juga tukang sikut ( galas ) barang.

Kadang2 jeles ni tengok bebudak nie dengan muka penuh bangga bawak naik ikan besar2. Tapi aku balas dendam dengan makan ikan tu. Hahaha. ( perlu banyak tenaga untuk sikut barang )

Posing bersama hasil
Ikan Kelah a.k.a Garap ( Bahasa Dusun )
Bersambung di Part 2. :)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP