Thursday, February 16, 2012

KEHIDUPAN SEORANG NELAYAN | MYLIFE | ERTIHIDUP

Mungkin tak ramai yang tahun bagaimana kehidupan seorang nelayan kecil-kecilan. Mungkin ada yg berpendapat yg dia hanya keluar ke laut sambil melabuh pukat dan mendapat tangkapan.

Tapi hidup kadang kala tak seindah dan semudah yg kita bayangkan.

9 Feb 2012 yg lepas aku berkesempatan ikut sepupu aku turun ke laut. Sepupu aku nie Fadli namanya dan dah menjadi nelayan semenjak dari berumur 13 tahun. Bermula dari menolong pakcik aku menjaga kerang di Kuala Juru, dia mula menjadi nelayan secara sampingan sehinggalah tamat sekolah yg mana dia ambil keputusan untuk jadi nelayan sepenuh masa.

Dia ni adalah antara sepupu aku yang rapat dan satu kepala. Kami bersunat dulu pun sekali sampaikan waktu dalam tempoh "kecederaan" tu pun kami di sebelah katil. Hahaha. Kenangan hidup mati.

Kami bertolak dari rumah jam 12.03am menaiki bot gentian kaca dengan enjin Yamaha 40 kuasa kuda. Memandangkan keadaan gelap gelita dengan kiri kanan cuma hutan bakau, jadi kami pun bawak bot tu "slow and steady".

Sampai ja di kawasan laut lepas dan dalam sedikit, kami pun merempit la dengan jayanya menuju ke bawah jambatan Pulau Pinang di tiang 103 yg mana sepupu aku ada letak bubu. Untuk menarik bubu yg di dasar laut, pencakuk yg ala2 macam ninja selalu guna untuk panjat tembok tinggi di perlukan. Ikat tali pada pencakuk tu dan tarik sehingga la tersangkut pada tali bubu. Tenaga tulang 4 kerat di perlukan untuk menarik bubu tu naik ke permukaan.




Sambil sambil mengangkat bubu tu naik ke atas bot, mata kena tengok betul2 kandungan bubu. Takut kalau2 ada ular kat dalam bubu. Melalui pintu kecik di bubu tu, semua hasil di lepaskan di perut bot dan bubu tu di campak semula ke dalam laut.


Selepas semua bubu dah di campak semula ke laut, proses memilih hasil tangkapan pun di mulakan. Dalam gambar kat atas nie, sepupu aku tengah dalam proses membuang duri ikan semilang yang mana bisa dari duri ikan ni boleh tahan sakitnya. Boleh sampai pengsan kalau orang tu tak tahan sakit. Kawan aku pernah kena duri ikan ni waktu memancing dan terus STOP memancing dan balik ke darat untuk ke klinik. Dalam perjalanan tu dia terlalu sakit sampai dia tak sedar yg dia terkencing dalam seluar.

Tapi, punyalah sedap ikan nie kalau di buat gulai semilang di tambah pula dengan petai muda dan sambal belacan.. oh~~~~ nikmatnya.

Selepas semua dah selesai, kami pun labuhkan pukat yang panjangnya dalam 200meter. Lepas ja pukat di labuh, kami pun borak2 kejap sambil minum kopi dan tidur di tengah2 laut berbumbungkan langit dengan bot terikat di tiang pancang pukat.

"Woi!!!! Mangkit. Aiyaq dah surut habis !!!!" Jerit sepupu aku.

Kami terlajak tidur dan bila ja kami sedar jam 6 am, kami betul2 di atas lumpur. air laut cuma dalam 3 cm ja dalam dia. Bot tak dapat gerak. Terpaksa la melepak lagi.

Waktu matahari terbit adalah pemandangan yang sangat indah.



Time ni terasa macam bermula segala kehidupan. Memang terasa bersyukur sangat sebab dapat melihat pemandangan yg cantik macam nie.

Tak lama lepas nampak matahari naik, baru la isi alam yg lain. Waktu ni terasa tenang. Damai.



Rumah kecik tu bukan jamban ye. Itu rumah yg orang guna untuk jaga kerang. Takut kalau ada pencuri datang dan curi kerang. Ala2 macam pondok sekuriti.

Sambil dok hirup kopi sejuk yg semalam, sepupu aku pun keluarkan satu papan dari depan bot.

"Aku nak pi menongkah. Hang tunggu sini sat"

Dia pun campak papan tu ke atas lumpur lepas tu dia pun turun dan duduk atas papan tu. Ala2 macam main papan luncur la.



Tujuan menongkah ini adalah untuk memungut ikan yg terjerat di pukat bagi mengelakkan siput dan ketam dari merosakkan ikan2 ni. Memandangkan panjat pukat ni 200m, jadi terpaksa la sepupu aku menongkah sepanjang2 pukat nie. Mungkin, lumpur nie nampak macam biasa, tapi kalau korang berdiri, mau sampai paras pinggang juga la.









Nampak macam mudah ja menongkah nie, tapi sebenarnya, ia sangat memenatkan. Kita terpaksa membongkok sambil menolak kedepan dengan sebelah kaki. Di tambah lagi dengan lumpur yg pekat menyukarkan lagi pergerakkan.

Jadi hargailah ikan2 yg di dalam pinggan korang tu. Jangan membazir makanan. Bukan mudah untuk menangkap seekor ikan. Bersyukur dengan apa yg kita ada kerana ada orang lain yg lebih "struggle" untuk hidup daripada kita.

Kalau ada kaki pancing yg nak gi memancing di bawah jambatan, boleh kontek aku. Nanti aku passkan no telefon sepupu aku.


Kemungkinan besar ini adalah aritkel dalam bahasa Melayu rojak yg terakhir memandangkan lepas nie aku bercadang untuk menulis dalam English ( broken English ) kerana terdapat pembaca yg bukan dari Malaysia.

Time to change. I am still a Malay no matter in what language I communicate.

5 comments:

Charlie February 17, 2012 at 12:07 AM  

know more languages helps us to explore the different parts of the world, knowing and understand who we are is proud of where we came from. Malaysia Boleh! :)

isare February 17, 2012 at 12:11 AM  

Yup. thanks for the support :D

Google translate is going to be my BFF in the coming post. hahahha

Gee February 17, 2012 at 12:47 PM  

bravo n thumbs-up for the new mission n vision izha...will be happily supporting you :)

by the way...sa suka pic 'pondok sekuriti' tu.... ;D

isare February 18, 2012 at 11:16 PM  

Gee..thanks.

Sharinginfoz June 13, 2012 at 9:00 PM  

nak merasa macam mana kehidupan seorang nelayan

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP