SYUKUR | MYLIFE | ERTIHIDUP
Syukur.
Mungkin mudah untuk orang untuk ucapkan SYUKUR, tapi berapa ramai antara kita yg benar-benar bersyukur.
Ada yg selalu merungut sebab permintaan tak dapat di tunaikan oleh mak ngan ayah. Merungut bila duit tak cukup untuk beli handphone baru dan ada juga yg merungut sebab tak di berikan kereta untuk di bawak ke sekolah @ U.
Dalam gambar nie adalah satu keluarga pendatang asing tanpa izin ( PATI ). Kerja dorang nie adalah sebagai buruh kasar di sektor pembinaan dan juga nelayan secara sampingan. Memandangkan status dorang adalah tidak sah, jadi kebanyakan anak-anak dorang pun tidak mempunyai sebarang pengenalan diri atau pun surat beranak.
Kanak-kanak nie kebanyaakannya tidak bersekolah kerana mempunyai masalah dari segi kewangan dan juga dokumen. Jadi apa yang mampu dorang buat adalah membantu ibu bapa dorang di tapak-tapak pembianaan dan juga ke laut bagi menangkap ikan.
Memandangkan dorang masih lagi menggunakan teknik tradisional untuk menangkap ikan seperti panah dan juga pukat, maka jumlah hasil tangkapan pun tak banyak. Sekadar cukup untuk lauk seharian. Saiz sampan yang kecil juga membataskan pergerakkan dorang.
Anak-anak PATI nie tak pernah merasa sebarang kemewahan apatah lagi nak kenal apa itu PSP, PS3, Ipad dah gajet2 lain. Yg dorang tau, bangun pagi dan ikut mak atau bapa dorang ke tempat kerja.
Pernah juga aku nampak di kilang plastik, seorang budak yg lebih kurang dalam 7 tahun dok memikul guni berisi plastik. Agak menyedihkan kerana dengan umur yg begitu muda, dia sepatutnya berada di sekolah dan bukannya membanting tulang.
Jadi, bersyukur la dengan apa yg kita ada kerana ada lagi insan yg lebih kurang bernasib baik.
0 comments:
Post a Comment