NEMO | MYLIFE | ERTIHIDUP
NEMO.
Gelaran yg paling popular untuk ikan Clown Fish atau Anemone Fish. Ikan nie gemar bersembunyi di dalam Anemone dan menjadikan Anemone ni sebagai rumah dan tempat perlindungan. Apa yang aku dengar dari kawan yang pernah bela ikan clown fish nie, perlu wujud keserasian antara Anemone dan Clown fish nie, baru la ikan ni akan berkampung di dalam Anemone. Kalau tak serasi, ikan akan duduk di tempat lain, Anemone pula kat tempat lain.
Nemo nie sangat comel kalau waktu kecil yang mana warna dia sangat terang dan menarik. Tapi bila dah besar, erm..............NOT SO CUTE ANYMORE.
Dengan warna yg semakin gelap dan pudar, di tambah pula dengan muka yg semakin tua, dah tak comel sangat.
Di Sabah, adalah tak mustahil untuk nampak ikan nie waktu snorkeling terutamanya di Pulau Mamutik. Ini adalah antara gambar-gambar yg telah aku ambil hari Sabtu dan Ahad yang lepas sewaktu berkhemah di sana dengan Bos aku.
Hari Sabtu tak banyak gambar yg menjadi memandangkan keadaan air yg keruh. Tapi ikan sangat banyak pada waktu nie.
Hari Ahad tu, selepas ja breakfast, terus kami terjun ke laut dan keadaan air sangatlah cantik. Boleh nampak jalur-jalur cahaya matahari tembus ke dalam air. Di tambah pulak dengan pengunjung yang tak ramai, jadi memang mantap lah.
Aku dah boleh skin dive dan mampu untuk tahan nafas lebih lama dari biasa. Tapi ada satu waktu tu aku tertelan banyak air sebab mengelabah bila aku tak perasan yg aku terpisah dari group. Hahaha. Key point di sini adalah, REMAIN CALM. Kalau mengelabah, memang minum air la jawabnya.
Memang puas hati la untuk 2 hari nie. InsyaAllah kalau ada rezeki, Mac nanti turun lagi. Erm...macam nak kena belik kamera n underwater casing. Itu kena masuk dalam budget yg akan datang.
Enjoy the pictures.
2 comments:
Wow....cantiknya...kamera G12.....
hahahaha..kamera akak..tenkiu bagi pinjam..
Post a Comment