Friday, December 30, 2011

REZEKI | MYLIFE | ERTIHIDUP

Rezeki.

Boleh di katakan hampir setiap orang akan bangun pagi dan keluar mencari kerja semata-mata untuk mencari rezeki.

Ada yg rezeki dia banyak dan ada juga yang rezeki sikit. Tapi rezeki tu adalah DIA yg tentukan. Kita sebagai HAMBA, boleh berusaha dan berdoa. Apa yg penting adalah keberkatan dari setiap apa yg telah kita usahakan. Takde guna jugak kalau duit bertimbun-timbun, rumah juta-juta, tanah berekar-ekar, haji 7 8 kali TAPI semua dari duit rasuah atau judi.

Ada satu hari ni, masa aku on the way nak pergi kerja. Aku terlintas satu kawasan tepi laut ni. Aku tengok ramai orang-orang kampung ni, masuk ke laut sambil bawa jaring dan baldi. Aku pun stop la sekejap dan kebetulan aku memang bawa kamera aku sekali.

Rupanya, dorang turun mencari siput dan juga memukat ikan. Kebetulan skarang nie adalah musim cuti sekolah, jadi nampak la bebudak nie turun sama-sama dengan ibu bapa dorang ke laut. Waktu tu air tengah surut, jadi cuma paras pinggang orang dewasa ja la tinggi air tuh. Kalau pun air tu dalam, takde juga masalah untuk bebudak tu berenang. Confirm dorang lebih hebat dari aku.

Berbekalkan lens murahan aku, aku pun snap la 2 3 keping gambar. Tapi kali nie aku HITAM dan PUTIH kan, kerana bagi aku, dua warna nie lebih sesuai untuk menceritakan tentang erti hidup orang-orang yg kurang berkemampuan begini.




Sekiranya ada di antara kita yang sering merungut yg dia hidup susah, ingatlah yg ada manusia yg lebih susah dari kita. Bersyukur dengan apa yg kita ada sebelum nikmat tu di tarik balik.

Sekadar renungan.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP