AKU | MYLIFE | ERTIHIDUP
Aku masih ingat lagi time sekolah menengah, waktu nak habis SPM. Selalu terfikir apa yg aku akan capai setelah umur sekian sekian. Sekarang bila dah hampir 11 tahun, aku tgk balik apa yg aku capai.
Umah besar = Takde
Kereta besar = Takde
Gaji besar = Takde
Aku bersyukur yg walaupun aku lambat habiskan degree aku, tapi banyak benda yg aku belajar. Yang paling penting aku adalah aku belajar untuk cari duit. Tak mengharap dengan parents aku dari belajar smpi la sekrang. PTPTN aku yg separuh tu pun aku dah bayar, walaupun tak habis lagi, tapi skurang-kurangnya bagus lagi dari tak bayar langsung.
Pengalaman pasal bidang IT rasanya dah banyak yg aku tau dan termasuk juga la berkenaan dengan equipment-equipment yg bukan semua orang boleh godek-godek. Segala yg terjadi dalam hidup nie, DIA dah tentukan.
Sekarang nie, aku dah ada keja yg ok, BOS pun ok, semua yg terbaik. Walaupun tak mewah, tapi skurang-kuranganya, ini hasil dari usaha aku sendiri, takde nak kabel-kabel. Untungnya kat tempat kerja baru nie, boleh dikatakan hampir semua staff jenis sukakan aktiviti outdoor.
Pada mulanya aku cuma layan ja dorang sembang-sembang pasal diving nie. Tapi sekali bila tengok gambar yg dorang ambil waktu dive....PERGHHHHH...terus semangat.
Aku makin bertambah semangat bila bos aku ajak di snorkeling di Pulau Mamutik. Ngam-ngam waktu snorkeling tu, bos aku soh aku test kamera dia.
TERUS TERACUN.
Terus tersangkut jiwa dan raga. Hahaha. Tapi buat masa sekrang nie, tak leh lagi nak invest untuk barang2 kamera. Nak save dulu duit sebab kemungkinan tahun depan nie, banyak nak pakai duit ---bukan untuk kahwin --
Gambar time aku ambil lesen Open Water Scuba Diving.
Gambar time aku ambil lesen Open Water Scuba Diving.
AKU TAK PANDAI BERENANG!!!!!
3 comments:
bravo....boleh buat blog underwater pulak....
tak termampu lagi buat masa sekrang..banyak nak kena invest kalau underwater nie..tak cukup gaji den..
Borgata Hotel Casino & Spa - Travelocity
Book Borgata Hotel Casino & Spa & Save BIG 남원 출장마사지 on 군산 출장마사지 Your Next Stay! Compare Reviews, Photos, & Availability w/ 서산 출장안마 Travelocity. Start Saving Today! Rating: 4.2 · 9 reviews · Price range: 서울특별 출장샵 from 문경 출장샵 $79
Post a Comment