Saturday, January 8, 2011

OM - Kehidupan Di Perantauan Bahagian 1 | My Life | Ertihidup

OM - satu istilah yang glamer di Sabah. OM merujuk kepada pendatang yang berasal dari Kepulauan Flores di Indonesia yang datang ke Malaysia ( Sabah ) bagi mencari rezeki. Dorang bekerja dalam pelbagai sektor bermula dari amah sehinggalah kepada pekebun sayur.

Baru-baru ni, aku berpeluang ikut kawan aku pergi ke Kundasang, kawasan tanah tinggi dan kawasan penanaman sayur, ala-ala macam Cameron Highland kalau di semenanjung. Masa di sana, aku ada beramah mesra dengan pekerja-pekerja di kebun dan dari sana aku cuba untuk faham macam mana kehidupan dorang.

Hidup dorang takde la selesa mana, kenkadang rumah yang dorang tinggal tu, takde bekalan elektrik dan bekalan air paip jadi dorang terpaksa bergantung kepada bekalan mata air dari bukit untuk aktiviti harian dorang. Rumah yang dorang diami kenkadang tu, hanya di perbuat dari zink dan kayu-kayu terpakai, itu ja yang dorang mampu. Takkan nak buat rumah batu plak, dah la duduk di lereng-lereng bukit, so itu la yang paling mudah dan murah.

Kebanyakkan dari dorang, celik huruf dan berkemahiran tetapi malangnya, dorang agak kelam kabut dari segi pengurusan kerja. Jadi majikan dorang terpaksa mengarah bagi memastikan segala kerja berjalan lancar.

Ini adalah gambar di sebuah rumah yang sempat aku ambil semasa melawat kawasan sana.



Budak di dalam gambar nie nama dia "Anggun". Waktu aku nak ambil gambar nie, Anggun malu. Siap dia lari-lari lagi mengelak dari di gambar, seperti biasa, dengan menggunakan skill yang aku belajar dari menjadi FS di SK Kawiyan, aku berjaya jugak pujuk dia (ayat riak dan poyo) :D . Kebanyakkan gambar Anggun, dia tak tengok kamera, kebetulan dalam gambar nie, mak dia peluk dia dan cakap "Tengok sana nak". Dan terus aku snap. Yes!!!!!  Puas hati, dapat juga.

Umur dia baru setahun setengah, masih tidak memahami lagi Bahasa Malaysia dan cuma boleh bercakap sepatah dua dalam bahasa Flores.

Okeh, bersambung di bahagian 2.

4 comments:

Good Wife, Mom to my family. January 8, 2011 at 7:10 PM  

jangan ko cakap yg ini ko punya entry yg terakhir ya izha.. huhu

isare January 8, 2011 at 7:20 PM  

hihi..entah la..kalau xde jugak rezeki di sini, terpaksa la aku pulang ke semenanjung...

masih ada lagi 2 bahagian berkenaan dengan OM..hihi..semoga aku terus kekal di Sabah... Amin...

::Ku^cai Online:: January 9, 2011 at 11:11 PM  

OM juga adalah dari pada kepulauan Papua Indonesia...

Anonymous April 12, 2011 at 11:11 AM  

ko suka eh izha duduk sabah:)...teruskan entry ko ya, suka sy baca semua pun pasal kehidupan orang...kalaulah masa js FS pun sy tkena d pedalaman, kan best, boleh tau camna kehidupan dorg:D

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP