Sunday, January 9, 2011

Kisah Si Mani | MyLife | Ertihidup

Hari nie Ahad 9 Januari 2011, aku berkesempatan ikut kawan aku ke satu tempat perlindungan anjing terbiar. Sampai je di sana, kami di sambut dengan salakkan anjing. Berderau juga darah menengok anjing dalam jumlah yg banyak. Mata semua tertumpu kat aku dan kawan aku. Nampak juga taring dok menyeringai keluar dari mulut dorang. Tetiba terdengar suara teriak dari dalam bangunan tu, terus anjing2 tu pun macam reda sedikit.

Pintu pagar pun di buka, keluar seorang wanita dari pintu tu. Rupa2nya dia salah seorang dari ahli SPCA Kota Kinabalu. Dia bekerja sebagai seorang sukarelawan bagi menguruskan anjing2 di pusat perlindungan nie, TANPA gaji. Kenkadang, ada juga perbelanjaan yang dorang keluarkan dari poket sendiri.

"Nanti masuk, kamu diam saja, jgn takut2, biar jak tu anjing hidu kamu, bagi dorang kenal kamu dulu", pesan dia.

Aku dan kawan aku pun buat macam yg di suruh. Berdebar2 bila anjing2 yg BESAR2 datang menghidu, kalau seekor tak apa, ini mau 10 ekor. Terbayang2 juga dalam kepala otak nie, kalau tetiba dorang menyerang. Dalam 2 minit gitu, reda la keadaan. Takde la salakkan macam masa mula2 kami sampai tadi. Kami pun di bawa melawat tempat2 sekeliling.

Dalam banyak anjing di sana, ada seekor yang betul2 menarik perhatian aku. Saiz dia SANGAT BESAR. Lagi besar dari yang lain. Kalau dia baham aku, memang parah la jugak, hati aku dah lain2. TAKUT.

Nama dia Mani. Mani agak pendiam, dia banyak menghabiskan masa berbaring di satu sudut dan tak endahkan sangat anjing2 lain.




Daripada sukarelawan ni, aku dapat tau satu kisah sedih di sebalik hidup Si Mani.

Di pelihara oleh satu pasangan orang kaya yang kerap berulang alik ke luar negara, kadang2 sampai sebulan lama, Mani di biar di dalam GARAJ. Tuan dia beli makan anjing pek besar ( yg macam guni beras tu) dan di bocorkan bahagian bawah, supaya Mani boleh makan sendiri masa dorang takde. Air pula, dorang sediakan di dalam besen.

Satu hari, Mani di serahkan pula kepada kawan untuk di jaga. Tapi mungkin di sebabkan Mani agak agresif, kawan si tuan nie, melakukan sesuatu yang tak sepatutnya di lakukan.

Mani di jumpai DI DALAM karung guni, dengan

1. TENGKORAK RETAK ( di antara kelopak mata dan telinga )




2. GIGI PATAH




3. KESAN PARUT DI BADAN





Semasa di selamatkan, Mani agak agresif dan terpaksa di berikan pelali. Setelah di berikan rawatan, Mani di tempatkan di dalam satu ruang khas, dan menjadi penghuni pertama di Pusat Perlindungan.

Semasa di sana, akak yang menyambut kami tadi lah yang menjaga si Mani. Setelah hampir sebulan menjaga Mani, dia beranikan diri masuk ke dalam tempat si Mani.

Dia duduk di satu penjuru, dan dia pun tak sangka, anjing yg sebelum nie PEMBENGIS dan GARANG, tiba2 bangun dan datang dekat dia macam minta untuk di belai. Bermula dari situ, Mani tak lagi garang macam dulu.

Antara kelebihan si Mani ialah dia pandai buka dan tutup pintu kandang dia sendiri. Dia tolak dulu pintu dengan kaki depan dia, lepas dia julurkan kepala dia keluar.

Macam cerita di filem pulakkan. Tapi itulah benda yang terjadi.

"Dalam dunia binatang, takde manusia. Tapi dalam dunia manusia, ADA BANYAK BINATANG"




Sekiranya ada yang berminat untuk mengambil haiwan peliharaan, sila hubungi SPCA di kawasan masing2.

Kalau ada yang nak ambil Mani, boleh hubungi SPCA Kota Kinabalu.

11 comments:

Georgie J January 9, 2011 at 3:49 PM  

this is touching man!dush!aku xsuka bca crita2 sedey mcm ni but this one, sobbed.aku pn xsuka anjing.esp yg suka salak2.but deep in my heart, xkn pnah buat jahat cmtu...waaa.hope dpt jumpa c mani ni nnt.hehe

isare January 9, 2011 at 3:52 PM  

aku pun xsangka. waktu akak tu stori, rasa kesian ni..walaupun aku xde bela anjing atau kucing, tapi tak patut la dorang buat sampai macam tu sekali..

Tuhan bagi manusia AKAL supaya tak sama macam binatang, tapi ada juga yg xpandai guna akal tu..

Support SPCA

Good Wife, Mom to my family. January 9, 2011 at 4:58 PM  

kasihan oo c mani, dirumah kami pon dulu bnyk betul anjing.. tu anjing datang sendiri pegi rumah, then dia beranak2.. terus beranak.. terpksa kami export dan agih2kan kepada kazen2 yg non muslim.. luckily dorang pon mmg suka anjing. skrg teda anjing suda yg cuma ada kucing, hihi

isare January 9, 2011 at 5:42 PM  

sbb tu SPCA minta owner baru kasi kembiri selepas 6 bulan..untuk mengelak daripada membiak tanpa kawalan

::Ku^cai Online:: January 9, 2011 at 10:07 PM  

izha selalu best! sob sob sob

isare January 9, 2011 at 10:36 PM  

haha..tenkiu kucai..hihihi

Unknown January 10, 2011 at 7:25 PM  

huhuhu...sedih baca cite mani. Walau anjing, mereka tetap makhluk Allah. Sampai hati orang yang buat Mani camtu...

CouLeur de Chiqu3 January 11, 2011 at 9:12 AM  

sedihnye...kita manusia berakal xboleh menzalimi binatang sungguh pun ia haram...ia tetap makhluk ciptaan Allah..

mas kering boleh la pegang...mesti ada puppy kt sana

isare January 11, 2011 at 10:48 AM  

buat masa sekarang ada 6 ekor puppy. 3 yg masih kecil n 3 yang besar sedikit.

JasLynn February 18, 2011 at 11:09 AM  

So sad, tengok muka anjing ni nampak kesedihan terpancar di mata. Di sudut hatinya, dia rindukan belaian dan kasih sayang, bukan pukul terajang yang diminta.

isare February 21, 2011 at 11:43 PM  

manusia kadang2 lebih binatang dari binatang.

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP