Lokasi Mendiang Annie John Dismas Ditemui | Mylife | Ertihidup
Takziah kepada keluarga Annie.
Sengaja aku tak update blog nie untuk dua tiga hari nie, sbb nya, aku nak tengok perubahan yg di sekitar kawasan mendiang Annie di jumpai.
Setelah masuk lebih kurang hari ketiga, keadaan masih sama. TAK ADA sebarang perubahan yang berlaku. Nak tahu apa yg aku maksudkan? Teruskan membaca.
Mendiang di jumpai dalam jarak yang KURANG DARI 50 METER dari sebuah rumah. Seberang jalan je pun.
Garisan merah menunjukkan jarak mendiang di tinggalkan dengan sebuah rumah.
Tapi kenapa si pembunuh berani untuk meninggalkan mangsa di sekitar kawasan perumahan dan bukannya di kawasan loji di belakang taman ni?
PELIK..
Mungkin ini adalah di antara sebab dia.
Lampu jalan yang tidak berfungsi. Keadaan di sini SANGAT GELAP. Yg pelik tetapi benar, hanya di kawasan bulatan ini dan juga sepanjang jalan pintas di loji belakang taman ni je yg tak berfungsi, sebelum bulatan nie, lampu dia ok je. Pelik kan. Sehingga kini, TAK ADA pun aku nampak orang datang untuk betulkan lampu nie. Bidang kuasa siapa kah ini?
Semak samun yang SANGAT TEBAL mengalahkan hutan rimba. Kepada pihak yang bertanggujawab, di harapkan kawasan ini di bersihkan, memandangkan kedudukkannya di dalam kawasan perumahan. Silap2 ada ular sawa dalam nie. Aku pernah nampak biawak yang boleh tahan besarnya di kawasan nie.
Di dalam bulatan merah inilah dipercayai mendiang telah dijumpai. Waktu aku pergi tadi, masih terdapat bau yang kurang menyenangkan dan aku juga nampak kesan lilin di tebing longkang tersebut. Adalah diharapkan pembunuh ini dapat di jumpai secepat mungkin dan dijatuhkan hukuman MATI.
19 comments:
semoga mendiang annie rest in peace..
semoga keluarga dia tabah dan semoga pembunuh tu dapat di tangkap + gantung secepat mungkin.
Oleh kerana kesan2 lilin tu cuma berada di kawasan tempat mangsa dijumpai, rasanya mungkin keluarga mangsa yang telah memasangnya. Mungkin mereka telah datang untuk membaca doa bagi si mati (adalah kebiasaan penganut agama Kristian memasang lilin). Tapi itu tekaan saya saja.
terima kasih mangosteenskin untuk info tu. post tu sy dah edit sket bagi mengelakkan salah faham.
encik fotojurnalis dah skg. aku bimbang polis saspek ko sbb merayau-rayau d area tu ;D
uina..jgn la ba..walaupun muka ku mcm pirate, tapi ndak la smpi gitu..
semoga kluarga mendiang tabah mghadapi semua ini......
uiseh..ko p lagi tu tmpt....kelam labut bah kali tu orang p buang tu kan, 2 lilin baru kana pasang bah tu kan..takut ja ada orang buat tdk tentu...mcm perbuatan syirik gitu tapi persoalan dia, napa ada tin macam beer sana tu...hhehe
itu la juga tuh pasal lilin tuh..takut ada yg tak elok je dorang pegi wat sana.
RIP & smg polis dpt menangkap pembunuh secepat mungkin.....
bagus lah awak ni...kalu awe tak sanggup nak pergi kat tempat tu...
tapi nape ngan mendian ek? awe ni tak tgk brita plak
ada kisah dia kat entry sblm nie..tapi secara kesimpulannya, mendiang hilang n kena bunuh.
now drang suspek tunang dia kan, izha..hmmm
KF nie pnh dlu kes students UMS diculik n dirogol..hmm..sgt bhaya..so kna jaga diri..jgn alone :)
Wah hari ni ko balik awal dari Kawiyan ka?
Pada pendapat saya tu lilin which u saw there tu adalah lilin dari family si arwah.
and, u so berani oh mo jalan2 di kawasan crime scene tu nda takut kna suspek ka..nah klu rupa2 mcm pirate lagi mah tu jd suspect for crime.
Anyway,lawa photo2 ko tu..ko ada edit guna photoshop ka lagi?
at last, semoga keluarga arwah tabah dan harap2 polis dpt buat siasatan dgn lebih dlm nanti.
peace.
p/s sa sdh add ko dlm blogroll sa.
teda juga la risau..sbb bawa kamera..org tny, cakap ja photographer..
gambar tu direct dari kamera...cuma tambah tanda2 tu guna photoshop.
tenkiu for adding :D
Dorang suda kasi pulih suda tu lampu..tp d bulatan tu saja...di kawasan jalan pintas tu ndak juga dorang check..mungkin esok lusa la tu..harap2 teda lg la kes lepas nie..
takziah pada keluarga anne
harap tersiarnya gmba2 ni, ada pihak yg akan baiki lampu jalan tersebut
harap2 gitu la, supaya takde lagi orang lain yang menjadi mangsa.
sy tak pernah dgr tentang kisah pembunuhan ni.huhu.mungkin sy yang tak sempat tengok berita kut.huhu..good info.rajinnya pergi kawasan kejadian.
Post a Comment