Bombon | Mylife | Ertihidup
Lama aku tak update blog..Line tenet di sekolah agak slow untuk aku update, jadi terpaksa tunggu hujung minggu baru dapat update.
Minggu lepas, banyak kami habiskan masa di sungai. Musim sekarang ni adalah musim kemarau, sungai pun mengecil dan ikan-ikan pun duduk di dalam lubuk. Jadi agak mudah untuk menangkap ikan pada musim kemarau nie.
Bombon atau pun tagal adalah satu kaedah bagi memastikan yg ikan-ikan ini di beri peluang untuk membiak dan membesar di samping bagi mengelakkan penangkapan berlebihan. Sungai akan di bombon bergantung kepada jarak tertentu dan hanya di buka untuk dituai hasilnya setelah 3 tahun. Pada waktu nie, macam pesta dan ikan-ikan yang di tangkap pun besar-besar. Cuma kaedah penangkapan secara tradisional sahaja di benarkan. Tak leh guna BOM ataupun KARAN.
Sekiranya, ada yang menceroboh bombon(tangkap ikan bukan pada waktunya), denda akan dikenakan bergantung kepada ketua kampung. Ada pernah aku terbaca di papan amaran, yang denda dia berupa 1 ekor babi yang beratnya melebihi 100kg. Tapi ini di kampung lain dan bukan di Kawiyan.
Sila klik link di bawah untuk tengok lebih banyak gambar. Aku tak letak semua di sini sebab tak nak page nie makan masa yang lama untuk loading, kesian kat kawan2 yang terpaksa menunggu lama.
Klik Sini Untuk Album FaceBook
10 comments:
matilaaa mana mau cari babi 100kg? babs utan ke yg pink tuh? hihi
pink rasanya..mana nak cari yg hutan 100 kilo. sana sinalau bakas pun teda ohh..
hehehe, 100kg tu.... jenuh org tu nk bayar denda :P
mujur 100kg je..klu 100 EKOR..mok demam oh nk mencari..
cantik gambar2 ;)
saff- sabah ni special sket sbb dia ada undang2 adat.
BB - tenkiu bb..
nice shot as usual Isare!!
rinduny sa d sabah... dulu2 used to do this oso..
haha...jgn ko kana suru tgkp suda, izha.LMAO!
sungguh cantek gambar2
singgah n support blog saya juga ya
http://www.skeskekuz.blogspot.com/
baru blaja nk berblog..terima kasih..
Post a Comment