Tersadai | mylife | ertihidup
Pertama sekali sebelum aku mulakan entry kali nie, aku nak minta maaf dengan FS di SKMM (Jumi, Zian dan Dora) dan juga FS di Ranau (Yandi, Rasidey, Lucia, Jaffri, Viollinie, Rudolf dan Mahathir)
Sepatutnya aku tolong dorang masa pengagihan laptop di SMK Kundasang kelmarin ( 27 Ogos 2010) tapi aku sampai ke sudah TAK muncul2. Aku bukan sengaja tak muncul atau nak mengelat dari buat kerja, tapi ada kejadian masa aku on the way nak keluar dari Kawiyan.
Seawal 3.45am aku dah bangun untuk sahur, sementara tunggu Cikgu Juil siap, aku sempat2 lagi online dan update status FB aku.
Dalam jam 5am, aku dah Cikgu Juil bertolak ke Ranau. Keadaan jalan pada pagi tu agak licin memandangkan semalam dah hujan lebat di Kawiyan. Lebih kurang dalam 20 minit perjalanan, tayar kereta pancit. Mujur la pancit di jalan rata, jadi kami pun tukar tayar dulu dan sambung perjalanan.
Waktu di bukit yg agak tinggi, kami pun "lock" tayar depan n guna low gear tuk panjat bukit tu.
Sewaktu tengah nak panjat tu, tayar kami termasuk dalam parit laluan air, makin la susah nak panjat. Jadi Cikgu Juil pun tekan la minyak kuat sikit sebab nak keluar dari parit tuh, tetiba KraKKKKKkkk!!!!!!
Aku jenguk belakang, tayar belakang tak berpusing!!!! Cuma tayar tayar depan je dok pusing. Nak cuba undur pun tak dapat sbb tayar belakang tak gerak.
Mau tak mau, kami pun turun n tengok. Xde sangkut apa2, tapi masih lagi tak berpusing tayar.
"Excel rosak ni kali Izha", kata Cikgu Juil.
Kami pun keluarkan toolbox, dan terpaksa tanggalkan long shaft dan nampak la yg bearing di excel belakang tu dah pecah. Lepas di tanggalkan long shaft, kami cuba juga tuk panjat bukit tu guna low gear, tapi tak dapat sbb kereta tak cukup kuat untuk keluar dari lumpur dan parit. Terpaksa la kami undur kan kereta dan parking di tepi takut kalau ada kereta lain yang nak lalu.
Tunggu punya tunggu, takde jugak kereta yang lalu. Dah la cuaca makin lama makin panas. Terpaksa la kami berteduh di bawah2 pokok sambil2 tunggu kalau ada kereta lalu.
Nak telefon, xde coverage. Puas pusing2 sambil panjat bukit pun, masih lagi xde coverage.
Dah jam 10.30 pagi, rasa macam ikan kering je. Dah la panas, dahaga dan penat. Duduk termenung di bawah pokok dengan Cikgu Juil.
Dalam 11.45 pagi, terdengar bunyi enjin. Memang cukup di kenali lah enjin tu kalau di Kawiyan ni. Keta Cikgu Shahril. Kami pun lari gi tepi jalan.
"Cikgu Shahril!!!!!!!" lega kami. Ada sekali Cikgu Jabedin dalam kereta.
Dorang pun berhenti dan tengok2 keadaan kereta. "Kena tarik ni", kata Cikgu Shahril.
Kami pun undurkan kereta, mujur la kereta Cikgu Shahril nie serba lengkap. Siap dengan tali n tools semua.
Waktu kami tengah menarik kereta Cikgu Juil, HUJAN!!!!
Patut la cuaca panas tahap membunuh, nak hujan rupanya. Jadi terpaksa la kami tarik kereta tu dalam hujan.
Setiap kali nak turun bukit, kami terpaksa lepaskan tali sebab takut tergelincir dan bila nak panjat bukit, sambung balik menarik.
Gear 1 dan 2 je pakai sepanjang perjalanan. Setelah sampai di Labao Timbua dalam jam 12.49 pm, kami tinggalkan kereta di sana. Di sana ada kampung dan keadaan jalan batu kelikir, jadi mudah la nak bawa mekanik pegi sana.
Aku sampai di Bongkud jam 1.41pm. Waktu nie rasa macam lembik je badan dan tak rasa yang aku mampu untuk pergi tolong dorang di SMK Kundasang. Aku pun msg Zian dan maklumkan yang aku terus balik KK sebab memang dah tak berdaya lagi.
Aku sampai di rumah aku, jam 5.00pm, ada 2 kemalangan sepanjang dari Ranau ke KK. Waktu nie, masuk je umah. Terus baring n tido. Mujur la house mate aku kejut aku untuk berbuka n dia ada belik lauk lebih. Aku makan je apa yg ada dan sambung tido balik lepas tu. Betul2 rasa habis tenaga badan aku untuk hari tu.
Sekali lagi, aku minta maaf pada semua kawan FS aku sebab aku tak dapat tolong korang.
Minta maaf.
17 comments:
teringin nak masuk hutan naik 4 wheel macam neh.
eh panggil 4 wheel ke?
hihihihi.
:p
pergh..mencabar gila dugaan mengajar kat pedalaman..huhuhu
Pengalaman berharga.. :)
@drunbella khoo - yup..ini di panggil 4x4
@zack - xleh lawan Cikgu Jabedin punya pengalaman lagi..
@ile - pengalaman jadi ikan kering..hahaha..penat abis..
Memang mencabar sungguh, sebagai anak sabah, ini adalah realiti yang kena dihadapi, dulu tiap-tiap hari kena tolong orang sorong kereta, naik bukit tu..sebab hujan, batu pula tak ada, licin habis, burutak alias lumpur pun tebal sangat..he..he.
@Alessandro - ini jugak antara perkara yg orang2 Malaysia sendiri tak tahu..yg kita tahu, kita kena tolong negara lain..padahal dalam Malaysia sendiri ada banyak lagi yg lebih memerlukan.
syabas cikgu !! dapat pahala banyak tu
kamu cikgu ya?
semoga tabah menghadapi dugaan~
@Nik - huhu..xtau lagi..
@nurul - sy Fasilitator Schoolnet je
dugaan di bulan puasa ni..
btw dh follow blog ni....
suka baca pengalaman2 yg jarang2 boleh kita rasa
@Gadis - tenkiu..
mak oit..dpt rase msti penat gile rase nk rebah je..haih..betul2 pdlmn eh...
@kerangrebus- boleh tahan la jauhnya. penat tahap dewa..
mmg mencabar tapi kalu yg kaki offroad sure rs lg thrill
@dark - sekarang dah nak mula musim hujan..lagi 2 3 minggu, nak masuk sekolah kena la bawa cangkul, redi2 takut tersangkut dalam lumpur.
ish susahnya!!! awak buat apa kt pendalaman tu?? mengajar ek??
Fasilitator schoolnet..ajar IT kat bebudak sana ngan bagi pendedahan kat org kampung
Post a Comment