Friday, August 13, 2010

Garap A.K.A Kelah | Mylife | ertihidup



Tadi aku sampai di rumah jam 5.45pm. Sampai je, terus bersemangat potong bawang putih bawang merah dan halia. Nak buat sup. Kali nie spesel sket sbb ada ikan kelah. Raja Sungai gelaran yg diberikan oleh kaki pancing.

Ikan ini dah di kategorikan susah nak di cari. Tinggal di kawasan jeram, air deras, memilih makanan dan liar. Itu adalah sifat2 kelah. Di Penang, aku pernah dengar cerita yang 100 gram isi dia mencecah RM80!!!!!

Ulangan , 100 GRAM, xde kilo, GRAM je. Bayangkan kalau yang 1Kg, mok 800 ohh...

Untungnya, di Kawiyan nie masih ada ikan Kelah. Walaupun kurang, tapi masih ada di sebabkan sistem bombon juga di kenali sebagai tagal. Bagi sungai2 yang telah di tagal, tiada aktiviti menangkap ikan di benarkan. Boleh kena denda. Sungai2 ini hanya di buka untuk aktiviti menangkap ikan 3 tahun sekali.

Untuk menangkap ikan, hanya teknik tradisional SAHAJA. Jadi xleh la sesuka hati nak gi karan atau bom plak. 

Semalam dorang Cikgu Shahril, Cikgu Hisam, Cikgu Uhini, Cikgu Rodney dan Bonong gi mencari ikan dan berburu. Walaupun xdapat rusa ataupun kijang, tapi ok la jugak sbb dapat byk ikan. Dorang kasi aku 2 ekor. 

Puas hati tadi makan, isi dia, perghh...lembut...cicah plak ngan air kicap...haha..mesti ada yg terliur..haha..

3 comments:

Melati Qistyna's Mummy August 13, 2010 at 10:24 PM  

hehe, ske ikan gureng cicah kicap buh cili api, mkn ngn nasi panas2, fuhhh

Gee August 13, 2010 at 10:27 PM  

mmg fresh gila la ikan ne time ko masak kan..bagus...bagus...untuk kesihatan..hehee

isare August 13, 2010 at 10:36 PM  

@melati - hoh..sedap tuh..kena plak yg masih panas2 lagi..kena plak sambal belacan..

@Gee - yup memang fresh. mmg sihat pun, berat aku pun mencanak naiknya..ahahaha..xpa, bulat tanda gembira..

Related Posts with Thumbnails

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP